Assalammualaikum
Untuk entri kali ini B nak cerita tentan sabutan maulidur rasul peringkat sekolah. Sebenarnya, lepas je sambut ulang tahun kelahiran Dalia, Sa'adiah dan En Faizal, petang tu semua pelajar tingkatan 6 terlibat dengan rewang sempena sambutan Maulidur Rasul pada hari esoknya.(*rewang di negeri Johor sama maksud dengan bergotong-royong, jika di negeri-negiri sebelah utara mereka kata rewang ni bermaksud membuat kerja-kerja yang tak berfaedah. kalau silap mohon diperbetulkan). Menjadi pelajar tingkatan 6 ni sangat seronok dan jadual yang penuh tapi
jika dibandingkan antara sambung belajar tingkatan 6 dengan pelajar
yang buat diploma, Jadi pelajar tingkatan 6 ni cabaranya sangat
mencabar. Mencabar dari segi apa?
macam-macam terutama sekali WANG. Belajar Tingkata 6 mana dapat PTPTN, terpaksalah kami mengikat perut demi menabung.. huhuhu.. Okay back to the point,
Aktiviti rewang ini melibatkan pelbagai pihak, antara pihak yang terlibat adalah :
1) Guru-guru aliran perdana sesi pagi dan sesi petang.
Aktiviti rewang ini melibatkan pelbagai pihak, antara pihak yang terlibat adalah :
1) Guru-guru aliran perdana sesi pagi dan sesi petang.
Khusyuk mereka ini mengupas kulit bawang.
2) Pensyarah-pensyarah tingkatan6 :
Mdm.Siti Tasmerah
En. Kama Azhar
En. Abd Rahman
3) Unit kaunseling.
4) Guru-guru pendidikan khas
5) Staf sokongan dan pembantu makmal.
6) Unit disiplin SMK Senggarang.
Sewaktu guru-guru dan pensyarah sedang sibuk-sibuk rewang kami pun sibuk-sibuk menghidang makanan ada juga yang makan, tolong yang lain potong bawang, kisar bawang dan lain-lain.
" Si Gadis Bawang " -Nurul Jannah
Nadirah dan Wahyu
Asyik cerita pasal makanan aje. Apa yang awak buat B? hah?. *ceh ada la, B ada tolong rewang juga laa,, Mana,Mana? ni..
Posing kejap..
Ketua untuk rewang ini diketuai oleh En. Husairi b. Jikan. Our cikgu disiplin yang paling otai, best, sporting dan macam-macam lagi.. hehe. *kepada cikgu Husairi jika terbaca entri ni jangan lupa SENYUM ya semasa baca entri ni..
posing lagi
Kegiatan rewang ini berterusan sehinnga ke hari keesokkannya iaitu hari sambutan maulidur rasul, Ada juga para guru yang tidur sekolah, ada juga ynag datang rewang pada waktu sebelah malam sehingga siap..
Alhamdulillah.
To Be Continued.
Terima Kasih kerana membaca.
Till then,
Love you Till Jannah
See you soon